.

.

Tuesday 13 May 2014


Sunlight cafe and cake house dikenali ramai oleh mereka yang tinggal di sekitar perak, terutama kawasan lumut, manjung dan sitiawan. Bahkan mereka yang tinggal luar dari kawasan perak juga mengenali tempat ini. Sunlight café ini menjadi tarikkan kepada semua kategori dewasa mahupun kanak – kanak.





Sunlight café and cake house ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu atas dan bawah. Di tingkat atas adalah tempat untuk kita menikmati pelbagai jenis hidangan yang di sediakan, manakala di tingkat bawah pula sebuah bakery yang pelbagai jenis. Ini adalah salah satu kawasan tarikkan bagi kanak – kanak, Ada pelbagai jenis kek yang beraneka warna, bentuk,rasa  di pamerkan  di cake bar. Pelbagi jenis mainan  yang berkonsepkan ‘birthday party’ juga ada dijual disini. Susun atur barangan juga menarik perhatian kepada sesiapa sahaja yang berkunjung disini, apatah lagi kanak – kanak yang melihat pelbagai warna dan bentuk kek. Tidak hairanlah kalau mereka suka bertandang ke sini jika setiap kali di ajak makan diluar.





Kawasan ini pula terletak dibahagian atas kedai. Kawasan yang berhawa dingin dengan dihiasi bunga – bunga  serta dicat dengan mengikut tona warna yang romantik juga menjadi salah satu tarikan pengunjung untuk datang ke sini. Kepada mereka yang baru mengenali dan ingin dikenali dengan begitu rapat,sesuai di bawa kemari dengan tersedianya kawasan yang romantik.Tak lupa pada si suami yang mahu menunjukkan betapa romantik, betapa mendalam cinta kepada si isteri juga, haruslah di bawa kemari.







Si lelaki yang menjadi perokok tegar juga disediakan tempat untuk merokok. Tatkala selesai bersantap, bolehlah mereka menghisap rokok dikawasan ini sekaligus tidak manganggu mereka-mereka yang tidak merokok.”AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESEHATAN”





Pelbagai jenis makanan yang disediakan seperti asian food, ala carte, steamboat, western food dan pelbagai jenis pencuci mulut.Bagi saya yang selalu berkunjung disini, jenis makanan yang disediakan amatlah bersesuaian dengan penduduk asia. Kita tidak perlu memilih lain – lain kedai untuk memebeli makanan lain, segalanya ada disini.Harga yang dipamerkan juga bersesuaian dengan jenis makanan. Cara dihidangkan makanan yang pasti meliurkan kepada sesiapa saja yang berkunjung disini.Manakala layanan di sini juga bagus dan tepat dengan tema ‘customer always right’.






Kepada mereka yang ingin berkunjung ke Sunlight café and cake house, bolehlah mencari alamat "12&13 TAMAN SENTOSA,JALAN LUMUT,3200 SITIAWAN PERAK. Ia berhampiran dengan kedai menjual barangan elektronik Seng Heng.Jangan tak cuba tau…Cuba sekali pasti nak datang lagi. Tq.